Wednesday, February 10, 2010

kisah hidupku


Namaku di kampong Salleh. Mak aku kata biar aku jadi orang soleh.Nama sebenar Osman. Lahir 9.5.1948 di Kesang, Muar Johor jam 5.00 pagi.

Ayahku berkerja di Pejabat Kesihatan Segamat,Johor. Emakku tukang ubat orang sakit yang tak dapat dikesan oleh doktor (bomoh-lah tu). Masa lapang,ayah dan emakku suka main ghazal. Suka-suka aje. Bukan hendak jadi penyanyi terkenal.

Adik-beradik aku ramai. Bin sama ada 13 orang semuanya. Ayahku kawin 3. Aku anak isteri pertama.Dengan isteri kedua, ayahku ada 8 anak. Dengan isteri ketiga dapat dua anak.

Aku sekolah rendah hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan pagoh,Segamat dan sekolah menengah di Sekolah Menengah Dato'Bentong Dalam, Segamat hingga tamat peperiksaan LCE. Aku tak lulus.

Aku sudah ada bakat melukis ketika umur 9 tahun. Ketika aku dalam darjah 5. Aku mula suka menconteng dinding rumah dengan arang kayu getah. Emak aku masak dapur kayu.

Ok. Nanti aku sambung lagi. Dibawah ni sajak yang aku minta dollahjones tuliskan.

my name is osman limat
not very handsome
not very smart
but my name very senang nak ingat

mula melukis tahun 60an
siang malam kanvas dan kaler
menjadi teman
orang melukis penat-penat badan
aku melukis haus tangan -tangan

orang kata aku pelukis miskin
sebab aku duduk rumah bantuan kerajaan
orang tak tahu aku banyak simpanan
akaun akhirat aku penuh iman

dalam kocek aku ada kad OKU
dan dilahirkan begini apa nak malu
lagipun bukan aku seorang saja yang ada kad itu
pengarah kebajikan pun kudung jari hantu

dari merempit baik melukis
badan tak sakit makwe pun berbaris
terima kasih adik-adik
pakcik berhenti disini,mahu sambung melukis.