bersama dato'syafik fauzan dan dato najib dawa di perasmian galeri rajawali cawangan temerloh
Semasa aku darjah 6,aku belajar melukis melalui pos di sabuah sekolah melukis iaitu Nan Yang Akedemi,Singapura selama 2 tahun.
Modul 1 hingga berjaya. Dan Masa aku tingkatan 2 selama setahun sahaja kerana tak mampu.
Semasa berkursus,aku mendapat No.1 dalam pertandingan melukis dikalangan peserta kursus gaya pos. Lukisan permandangan. Semasa itu aku tingkatan 2. dapat tawaran melawat tempat aku ambil kursus di Singapore.Disana aku dapati hanya aku sahaja yang berbangsa melayu. Selain aku,semuanya berbangsa cina. Uniform mereka adalah berbaju putih seluar hitam.
Selama satu minggu aku di Singapore. Aku menginap dirumah bapa saudaraku di Changi. Bapa saudara aku askar semasa itu.
Modul 2 aku dapat tawaran masuk bertanding melukis bercorak,macam batik (rintik-rintik) dan aku berjaya mendapat no.2,ambil hadiah lagi ke Singapore. terkenal juga aku masa itu. Tapi hadianya taklah besar sangat. Hanya 1 set cat minyak jenis Panda dan berus melukis jenama murahan. Tak kisahlah,janji menang.
Disitulah semangat aku berkobar-kobar untuk terus melukis walaupun tak mampu membeli peralatan.maklumlah,bapaku beristeri 3 hendak menyara anak yang ramai.